Tuesday, March 16, 2010

Sahabat?mengapa perlu terluka dan mengapa harus melukakan


Aku ingin menjadikan sunnah Rasul dalam bersahabat sebagai garis panduan aku bergaul dengan sahabatku.Aku sudah membulatkan hati menyanyangi seorang sahabat semata-mata kerana Allah semata.Aku tidak mengharapkan balasan,cukuplah aku memberi kasih sayang kepada sahabatku,tetapi aku lupa agaknya.Aku manusia yang lemah jiwanya,mudah sungkur tatkala dikecewa.Apabila dikhianati separuh jiwaku hilang,terbang melayang meninggalkanku.Aku bagaikan si kejam yang langsung tidak terusik jiwa menatap mata bening seorang sahabat yang pernah aku canangkan bahawa aku menyintainya.Hatiku bagai lumpuh,bagaikan kebas..kosong dan beku.Air mataku tidak menitis itu tanda aku tidak sedih,bibirku tak senyum tanda aku tidak gembira,yang ada hanya kosong..

"Ya Allah jangan biarkan aku di dalam murkamu,pimpinlah aku dan tunjukkan apa yang terbaik,

"aku menyintai seorang sahabat keranaMU,jika Engkau hilang darinya maka hilang juga cintaku
padanya"

(monolog hati seorang teman)

Monday, March 8, 2010

Doa didengar Allah di Triple T Training

Petang tadi saya berdoa moga diberi ruang waktu untuk menulis di ruangan ini,saya tulis di blog ke dua saya www.tambahilmu87.blogspot.com,,lantaran sibuk saya tidak berpeluang menulis di sini..dan alhamdulillah waktu ini,walaupun sudah agak lewat mata saya masih segar,urusan lain sudah dibereskan,kenapa tidak saya melepaskan rindu melakar perkongsian di sini.Sebenarnya saya baru pulang dari program RECALL TRIPLE T TRAiNING, sekalung tahniah buat moderator dan kru yang terlibat,anda berjaya menjadikan 2 jam yang singkat menjadi sangat padat dan berisi,saya benar-benar kagum atas komitmen anda semua,dan Recall ini tidak kurang kalah hebatnye berbanding Triple T Training yang pertama dahulu.Sangat hebat,saya yakin impak yang berlaku adalah natijah keikhlasan anda membantu islam,,apa yang dari hati pasti sampai ke hati.Dan apa yang saya mahu kongsikan,andai saya diberi arahan untuk menghadiri pasti akan saya lakukan tanpa sebarang ragu-ragu,tapi apakan daya,ini mungkin yang terakhir,usia saya di INSANIAH ini hampir berakhir...sedih sekali.Itulah lumrah..tiada yang kekal selain Allah S.W.T.
Selamat berjaya buat KRU Triple T Training,ianya merupakan ledakan baru dunia dakwah,penuh kreatif dan inovasi,pasti Rasulullah berbangga dengan kalian kerana sedang cuba menghidupkan sunnah baginda dalam berusrah.Islam juga bakal menerima sebuah lagi uslub dakwah yang saya kira relevan dengan gaya hidup masa kini.

Majulah Triple T Training untuk Islam.

Tuesday, January 26, 2010

Ujian dari Tikus

Kewangan yang semakin merundum menyebabkan saya mula untuk merancang perbelanjaan dengan lebih baik,antara yang saya lakukan adalah cuba untuk berjimat barangan keperluan harian seperti sabun mandi,sabun basuh,ubat gigi,syampu dan pencuci muka.Awal sem lalu saya sudah berbelanja dan berbekalkan nasihat kakak saya memilih untuk membeli semua barangan ini dengan saiz JUMBO,dengan harapan akan dapat saya gunakan dalam tempoh masa yang lama,awal pembelian tak apalah dengan jumlah belanja yang lebih,segalanya JUMBO.dan alhamdulillah nampaknya misi saya hampir tercapai,semua keperluan ini masih banyak dan saya anggarkan dapat saya gunakan kurang lebih 2 bulan lagi,maklumlah guna sorang-sorang tetapi apakan daya,pada suatu pagi yang penuh dengan tragedi,saya menuju ke bilik mandi dan mencari baldi kepunyaan saya,mencari-cari berus gigi dan pencuci muka,pelik,pencuci muka ghaib,saya mencari lagi..alaaa sabun mandi pun hilang.Dengan penuh kesabaran saya mengingat mungkin saya yang tersalah letak.Saya terus mencari dan menuju ke bahagian ampaian,di situ ada sebuah bilik mandi kecil yang tidak digunakan,saya tolak daun pintu dan kelihatan pencuci muka saya yang masih berat bersisi di situ,apa yang menyedihkan seluruh tubuh pencuci muka itu berlubang ditebuk,dan tidak jauh dari situ kelihatan bekas sabun mandi tergolek tanpa isi,sahlah ini kerja CIK TI!!! (TIKUS) saya tidak marah ketika itu,lapar agaknya CIKTI di rumah kami ni,sabun pun ia kebas.Tetapi apa yang menyedihkan,kejadain itu berulang dalam seminggu,tiga ketul sabun mandi saya hilang,3 ketul itu sepatutnya boleh guna lebih sebulan,dan dua pencuci muka ditebuk,apakan daya,CIKTI tidak beraqal,saya yang beraqal ini wajar bersabar,ini juga ujian dari Allah,dengan cara begini,redhalah...

Tuesday, January 5, 2010

Saya ada blog baru

http://tambahilmu87.blogspot.com

Ini blog baru saya,jemputlah ziarah dan blog ini akan tetap aktif,tidak akan dianak tirikan cuma di sini penulisan saya berbaur peribadi,perkongsian pengalaman dan sebagainya,tetapi di blog yang baru,lebih ilmiah,,dan insyaAllah sarat dengan ilmu yang mana semua posting akan saya tulis sendiri tanpa dicopy dari mana-mana sumber,ia umpama perkongsian segala ilmu yang saya ada,doakan saya berjaya merealisasikan wadah ini sebagai wadah dakwah yang ampuh,sebarkan keindahan islam.

Monday, December 21, 2009

Hadiah untuk diri sendiri

"ENGKAU MEMANG CANTIK..kerana engkau tidak pernah tahu betapa cantiknya dirimu"

Ini merupakan tajuk sebuah buku,dan buku ini petang tadi telah menjadi milik saya.Ianya merupakan hadiah,hadiah dari saya untuk diri saya.Sempena natijah imtihan yang baru saya ambil,,Alhamdulillah,Syukur pada Allah.Dengan keizinannya saya sekali lagi memperoleh Anugerah Dekan,Pointer juga bertambah baik,sangat baik.Alhamdulillah semua ini atas kehendak Allah.Jutaan syukur saya panjatkan,dengan natijah yang memberangsangkan ini,semangat saya meluap-luap untuk memulakan perjuangan ilmu di semester akhir ini,moga terus mendapat pimpinan dan redha dari Allah.

Berbalik kepada buku tadi,ianya sebuah buku yang amat indah,bersesuaian dengan tajuknya,saya begitu teruja,baru berkesempatan membelek-belek sahaja,amat menarik dan pastinya saya tidak menyesal memilikinya.Sebuah buku yang membawa kita menilai cantik seorang muslimah di bawah piawaian mutlak neraca Allah S.W.T.Bagaimana seorang muslimah harus menilai dirinya dan mempercayai dirinya sangat cantik selagi dia tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman.Indah bukan?Saya sangat teruja membacanya...nantikan komen dari saya mengenai buku nukuilan Burhan Sodiq,seorang penulis Indonesia.

Catatan Sebuah Musafir

Alhamdulillah setelah menempuh safar melebihi 11 jam saya telah selamat sampai ke Utara,Transit selama 2 hari di rumah kakak di penang dan kini saya sudah berada di bumi Mergong,Alor Star,Sebuah pekan yang menjadi saksi warna-warni perjalanan seorang saya yang bergelar penuntut ilmu Allah.Saya tertarik untuk menulis sedikit catatan ringkas musafir ilmu saya kali ini,saya merasakan ada sesuatu yang boleh dikongsikan,kebetulan ianya terjadi betul-betul ketika kita menyambut awal muharam 1431 Hijrah.Moga ada yang boleh dikongsikan,,walaupun ianya hanya sebuah catatan.


17 Disember 2009:



Saya bertolak dari rumah sekitar jam 5:15 p.m dan sampai di Terminal Bas Bandar Jengka pada jam 6:00 p.m. Oleh kerana ayah mempunyai urusan lain saya ditinggalkan sendirian di situ menanti bas Ekspress Jengka Liner yang dijadualkan bertolak sekitar jam 6:30 p.m,Seperti biasa sebelum memulakan safar saya perlukan sedikit bekal perjalanan,selalunya ia sekadar sebotol air mineral dan gula-gula lalu saya pun menuju ke kedai yang ada di bahagian dalam terminal.Wahh saya terjumpa seseorang yang sudah lama tidak ketemu,akak casher kedai tu merupakan bekas senior di sekolah menengah dulu,yang pasti saya dan dia masih mengingati satu sama lain.Lalu terjadilah perbualan singkat antara kami,yelah nak sembang lama-lama bukan masanya,dia tengah kerja,saya tengah tunggu bas,tak ke naya kalau kami pergi berborak tak ingat dunia,dan seperti yanginilah bentuk perbualan yang terjadi di antara kami..


“jie study lagi?kat mana?


(jie tu nama saya,nickname saya dan selalunya kawan2 muslimat jer yang mengenali saya dengan nama jie)sambung………….


“Aaah study lagi kak,kat kedah,kat Insaniah .”


“Wah bagus korang ni,akak je yang stil kat sini” saya Cuma senyum.


”Jie dah kahwin? Saya jawab “eh belum kak”


“Bertunang? Saya ketawa “pun belum”


“Berpunya? Lagi kuat ketawa saya “Mungkin”

(jawapan gurau je tu,saya single lagi.huh promote diri

Ke ni?)


“Bagus jie sekarang ni yer,kalau dulu bukan main,lain betul aku tengok”


Saya cuma senyum dan meminta diri


“Okla jie,teruskan perjuangan”


“Akak pun sama”


(( Akak tu nama kak ana,Rohana mungkin namanya,Cuma tua lebih setahun dari saya))


Kemudian saya kembali ke tempat menunggu,kerusi yang tadinya penuh kini sudah lengang.Saya mengambil tempat di tepi dinding terminal,ada seorang akak di situ dan saya perhatikan wajahnya dengan tak semena-mena saya menegur.


“Kak Huda yer” Akak tu Cuma senyum,takut juga salah orang,maklumlah dressing pun dah lain.


“Siapa ni ye?akak kenal muka lupa nama”Saya lantas mencapai tangan bersalam dan mencium tangannya.


“Jie la kak”


“Ooo..bilik sekali dengan Zila dengan Sharinie dulu tu?


“Haa betul la”


(Akak ni pun bekas Senior saya di sekolah menengah,Cuma umurnya lebih dua tahun dari saya,Kak Huda Syahdan tak silap namanya,lalu terjadilah perbualan antara kami,yang banyak kami bualkan tentang perkembangan kawan-kawan lama dan tak lama bas saya sampai,kami berpisah di situ)


Dalam 30 minit menunggu,saya direzekikan berjumpa dua orang akak tadi,agak menggembirakan bila jumpa orang yang dah lama tak jumpa,betul tak?,bertukar khabar kawan-kawan lama amat menyeronokkan.


Safar saya bermula pada jam 6:30 p.m,ada sesuatu yang berlaku sebelum Bas bertolak.Baru saya melabuhkan diri di atas kerusi datang seorang gadis kepada saya bersama seorang lelaki.


“Akak kerusi no 13 ye? Saya jawab “Ye,kenapa dik?


“Saya kerusi no 14,tapi akak tukar tempat bleh tak?


Saya mula pelik “Tukar macam mana tu?


“Saya nak duduk dengan dia,(budak lelaki tadi),akak tukarlah,akak duduk no 37 tempat dia,bleh tak?


Tiba-tiba saya rasa macam panas jer tetapi masih mampu control diri dengan bersopan saya ,menjawab.


“Mintak maaf dik,akak tak mahu”


Gadis tu pun berlalu,mungkin agak kecewa.Apa yang buat saya marah?


Saya agak yakin mereka itu bukan adik beradik,atau suami isteri,dari cara gerak geri mereka mungkin sekadar kawan atau pasangan kekasih.Pasal apa la nak duduk dengan budak lelaki tu,duduk la dengan saya,perempuan sama perempuan lebih selesa,yelah nak menempuh perjalanan yang panjang,malam pulak tu,bebaslah sikit nak bergaya masa tidur.Yang pasti mereka terpaksa duduk di belakang juga,kerusi 36-37,entahlah kalau tak duduk bersama tayar bas tu tak berpusing agaknya nanti,dan apa yang membimbangkan saya pasti pemilik tiket no 36 akan duduk di sebelah saya,dalam hati kecil saya berdoa,mintak-mintak dia seorang perempuan,sampai di Temerloh nanti saya akan tahu siapa yang bakal menemani saya sepanjang musafir ini.



Masalah itu saya lupakan,kerana tidak mahu ketinggalan mahu menyambut awal muharam. tanpa mempedulikan sesiapa saya membaca doa akhir dan awal tahun di dalam bas,di dalam sebuah musafir ilmu.Bukankah doa seorang musafir didengar Allah.



Ini juga sebuah musafir hijrah,moga musafirku ini menjadi lebih baik.Perasan tak ada satu ayat yang saya tebalkan(Bold) di atas?kata-kata yang keluar dari mulut kak Ana itu sebenarnya amat menyentap tangkai hati seorang saya dan membawa saya kembali bersiar-siar ke daerah kelam itu kembali,nampaknya kak Ana pernah kenal dan masih ingat siapa saya dahulu.Siapa saya sebelum sebuah hijrah.Sebenarnya sungguh tidak enak untuk dikenangi,Saya juga amat berharap orang lain juga telah melupakan siapa saya dahulu.Berat benar bunyinya.Silam yang kelam,siapa yang mahu berbangga denganya?.Namun yang berlalu telah berlalu,seketul daging di dada ini milik Allah,Dia yang punya,lantas Dia juga yang membolak balikkan ia.Saya pernah berhijrah,hijrah yang besar,saya berubah hampir 360 darjah. Maha suci Allah.Ini atas Rahmat dan kasihNya,DIA memilih saya untuk dipimpin.Aduhh indah benar pimpinan Ilahi,benar benar indah.Moga terus mendapat pimpinannya.




Sampai di temerloh,saya turun lalu menunaikan solat Jamak Taqdim dan Qasar,usai solat saya kembali ke perut bas,tidak lama selapas itu,seorang gadis China datang duduk di sebelah saya.Saya lega Alhamdulillah ,ianya lebih bagus dari terpaksa bermusafir bersama seorang lelaki duduk di sebelah anda kan?.Saya sempat berbual dengan gadis China itu,Shin namanya berumur 24 tahun dan Shin akan turun di Ipoh,ini bermakna Shin akan turun awal,maknanya apa?Saya akan duduk sorang-sorang la meneruskan baki safar yang tinggal,lagi la selesa..tak gitu?Alhamdulillah.Selepas berborak sebentar dengan Shin,saya minta izin untuk tidur,kepala sedikit berdenyut,Shin pun juga mahu tidur.Saya sampai di ButterWorth jam 4:30 a.m,Abang ipar sudah sedia menunggu di sana,Alhamdulillah jam 5:00 a.m saya sampai di Tanjung Tokong rumah kakak.Alhamdulillah.,

Tammat Sudah!!!

Wednesday, December 16, 2009

Monolog Hijrah,,,ALLAH itu sangat baik kepadaku

Terasa malu benar saat ini,tatkala bahang Peristiwa Hijrah mewarnai hari-hari seorang muslim sejati.

Aku dulu pernah berhijrah...dari satu titik kelam dalam hidup kepada yang titik lebih terang benderang.

Hidupku pernah kelam,aku pernah tewas kelelahan dan semua itu amat tidak enak untuk dikenangi,

amat memualkan tangkal hati,tetapi apakan daya kerana gelap lahirnya cahaya,kerana kelamlah cahaya itu berguna.

Tika hijrah itu,terasa benar hati dipimpin Ilahi..Derap langkah kian aku yakini,indah benar hari-hari yang dilalui.

Allah itu sangat baik kepadaku..
DIA terima aku saat semua yang lain tidak mengendahkanku,
Allah itu sangat hebat..
DIA masih memimpinku tatkala dosaku menggunung tidak tersukat..
Allah itu sangat dekat..
DIA mendengar doaku,,dalam deraian air mataku yang kian lebat..
Allah itu sangat baik kepadaku
sangat-sangat baik kepadaku
dan Allah itu akan terus terusan teramat baik kepada hamba-hambaNYA.

Hidup perlu selalu berkorban..biarpun sikit

Dingin dan nyaman,hujan separa lebat yang membasahi bumi membuatkan saya kesejukan,Chipon dan Cheetah (kucing peliharaan keluarga saya) turut kesejukan,jelas sekali tatkala melihat bulu yang mereka dikembangkan,kedua ekor kucing itu duduk berhimpitan,mencari haba menahan kesejukan,Usai hujan berhenti saya menuju ke tingkap bilik,menghirup udara segar dari luar,suasana juga begitu indah,pokok-pokok bunga mak juga tampak segar disirami air semulajadi dari langit Tuhan.Saya sukakan panorama sebegini,redup dan mendamaikan.Malam ini pasti lebih sejuk,masakan tidak kalau hujan tidak turun pun, waktu malam pasti akan sejuk,tidak perlu kipas atau aircond,pasti akan menggerekot kesejukan walau berselimut tebal.Ini semua hanya akan dapat dirasakan di kampung halaman ini, dan malam ini merupakan malam terakhir saya bermalam di rumah.

Esok saya akan bertolak pulang ke Utara Semenanjung,akan kembali menadah Ilmu di sana.Saya agak sedih,tiada lagi mungkin udara dingin seusai hujan,mungkin yang ada bau hangit tar dari jalan besar yang berhadapan dengan rumah sewa saya.Tiada lagi suasana indah, yang ada pati banjir kilat yang membenangi longkang-longkang sekitar kawasan rumah sewa dan yang pasti aroma sampah sarap yang tersumbat di dalamnya akan mengganggu pernafasan,cukup memualkan.Malamnya pula pasti berteman kipas sehingga pagi,itupun pasti juga bermandi peluh,panas benar udaranya,tidak kira malam atau siang.

Inilah kehidupan,kita memang perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.Mengorbankan keselesaan dan kegembiraan bersama keluarga demi menadah ilmu di perantauan.Inilah pengorbanan yang harus di bayar kerana kejayaan itu jarang sekali datang dengan 1001 kemudahan dan keselesaan tetapi ianya sentiasa bersalut 1001 kepayahan yang tidak bertepi.Oleh itu,Hati mesti dicekalkan dan perlu dihadapi dengan keberanian.Warna-warni hidup seorang penuntut pasti akan terbayar anda kita sabar.Susah payah itu akan bertukar menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang.

Monday, December 7, 2009

8 HARI , 8 MADAH DAN 8 HELAI TUDUNG

Saya merancang untuk pulang ke kampus seminggu lebih awal sebelum semester baru di buka,tujuannya untuk menyelesaikan urusan pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan.Jadi, cuma tinggal seminggu lagi untuk saya berada di rumah,ermm macam tak percaya semester yang bakal hadir ini merupakan semester terakhir saya,nak habis ngaji dah upenye aku neh...sebentar tadi saya baru selesai membuat prapendaftaran kursus dan yang pasti saya bakal menghadapi 8 madah pada waktu-waktu terakhir usiaku bergelar siswi.

SENARAI MADAH SEMESTER 8:

1) HIFZ AL-QURAN 4 (JUZ 7 & 8)

2) AL-FIKR AL ISLAMI AL-HADITH

3) AL-FALSAFAH AL-ISLAMIYAH

4) AL-TAKHRIJ WA QA'AH AL BAHTH

5) AL-TAFSIR AL-TAHLILI

6) AL-QADHAYA AL MU'ASIRAH

7) ASAS KEUSAHAWANAN

8) HIFZ AL-QURAN 2 (MADAH ULANGAN,SAYA NAK BAIKI RESULT)

Madah yang lebih banyak,cabarannya tentu lebih,terutamanya dalam hal pengurusan masa.InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik semester ini insya Allah jika panjang umur.

Baru-baru ni juga saya ada menerima 8 helai tempahan tudung labuh,,salah seorang sepupu saya dan kawannya akan menyambung peringkat menengah di sekolah lama saya,MAAHAD AS SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI BANDAR JENGKA PAHANG.Alhamdulillah,ini bermakna akan bertambah seorang lagi ahli keluarga saya yang melanjutkan pengajian di sekolah agama.
Dan bertambah seorang lagi anak kampung kami menerima pendidikan agama.Urmm berbalik pada 8 helai tudung tadi,sempat ke nak buat dalam masa 8 hari ni,??insyaAllah kena rajinlah.
Moga-moga mira dan intan akan istiqamah bertudung labuh lepas ni.Manis sekali..Sejuk mata memandang,jauh dari fitnah dan yang penting syariat terpelihara.

Sebut pasal tudung labuh,saya masih ingat,nak cerita sikit ni.Saya pernah membuat satu keputusan yang saya kira antara yang terbaik dalam hidup saya.Semasa menuntut di tingkatan 6 (STAM) di saat teman seangkatan ramai yang merancang untuk IPTA,saya pula mengambil jalan berkecuali.Saya tak nak masuk U,heran tak?Agak-agak kenapa?Walaupun natijah imtihan saya Jayyid Jiddan ketika itu,mungkin sekali melayakkan saya berada di IPTA.Saya cuma isi doa borang IPTS iaitu KIAS dan KUIN.Antara sebab yang mendorong saya ialah,saya sayangkan tudung labuh saya,saya dapat merasakan saya tidak kuat menghadapi Biah yang bakal mencabar keazaman saya untuk mengekalkan busana yang saya pakai ketika itu.Lalu saya mengambil keputusan untuk berada di INSANIAH,di sini tudung labuh di wajibkan,dan dengan itu saya yakin sekali saya mampu mencuba untuk istiqamah.Dan sekarang Alhamdulillah,,saya masih dengan busana ini.Mungkin ada yang mengira keputusan saya ini mengada-ngada,mungkin ada yang akan cakap "ala kat mana-mana sama je,".Itu betul tapi saya sedar saya tidak mampu,saya cari jalan untuk menguatkan diri saya.Mudah mudahan dan pohon didoakann moga saya terus istiqamah.Wallahua'lam.

Sunday, December 6, 2009

SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAH TANGGA


Ni kad kahwin saya,jemputlah datang semua,tarikh belum tahu bila :-( kesian tak kat saya?

DI SINI SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA BEBERAPA ORANG TEMAN YANG BAKAL MELANGSUNGKAN ATAU SUDAH SELESAI MAJLIS PERNIKAHAN.DI DOAKAN KEPADA MEREKA SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA,MOGA DIKURNIAKAN KELUARGA YANG SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH,SERTA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH & SOLEHAH SERTA MOHON PERNIKAHAN INI BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT BAHKAN HINGGA SYURGA. TAHNIAH UNTUK:

1)NURUL HUDA & USTAZ RIDHWAN

2)RASYIDAH & PASANGAN

3)KAK SARAH & PASANGAN

4)NAJWA AWNI & PASANGAN
 
Copyright © 2010 Rindu Kasih ILAHI | Design : Noyod.Com